AKUJANJI & PENGESAHAN MAKLUMAT
BERIKUTAN KES SCAMMER YANG MENCURI NOMBOR TELEFON ADMIN SEBELUM SENJA PADA 22 OGOS 2026: PASTIKAN ANDA HANYA DIHUBUNGI MELALUI TALIAN 019-2632009 SAHAJA. JANGAN TRANSFERKAN SEBARANG WANG KE MANA-MANA AKAUN ATAS APA JUA SEBAB, KECUALI KE AKAUN MAYBANK QURANIC ANTINOTE 5560 5755 5007 SAHAJA.
1. Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.
2. Saya memahami bahawa Puan Sharifah Zahidah akan menjalankan analisis awal terhadap isu yang saya hadapi sebelum sesi konsultasi sebenar berlangsung.
3. Saya memahami bahawa proses ini memerlukan masa dan melibatkan pembacaan, pengumpulan maklumat, serta penelitian yang mendalam bagi memastikan sesi berjalan dengan fokus dan mencapai objektif yang terbaik.
4. Saya memahami bahawa nilai yang dibayar adalah termasuk untuk kerja-kerja belakang tabir yang Puan Sharifah Zahidah lakukan dalam meneliti isu saya sebelum sesi sebenar dijalankan.
5. Saya memahami bahawa sesi konsultasi ini adalah sesi berbayar seperti yang dinyatakan di awal borang ini.
6. Saya memahami bahawa saya perlu menghormati dan mematuhi waktu sesi yang telah dipersetujui dan telah diperuntukkan kepada saya. Kegagalan mematuhi sesi pada waktu dijadualkan adalah atas tanggungjawab diri saya sepenuhnya.
7. Saya memahami bahawa sekiranya saya memerlukan masa tambahan atau sesi lanjutan, saya perlu membuat bayaran tambahan seperti kadar yang telah ditetapkan.
8. Saya bersetuju untuk meneruskan sesi ini dengan kesedaran bahawa ia memerlukan kerjasama dan keterbukaan penuh daripada saya dalam komunikasi ketika sesi ini berlangsung.
9. Saya bersetuju bahawa untuk menuntut pengembalian wang atas sesi yang saya rasakan sia-sia, tidak membantu, tidak memberi manfaat atau jalan penyelesaian; ianya tertakluk kepada asas/hujjah kepada tuntutan saya. Saya fahami sekiranya tuntutan yang dibuat adalah tidak berasas maka ianya tidak akan dilayan. Saya sedar Islam mengharamkan saya untuk membuat tuntutan palsu yang menganiaya, tetapi saya boleh menuntut atas dasar kegagalan Puan Sharifah Zahidah mengendalikan kes saya.
10. Saya memahami bahawa saya akan dihubungi dalam tempoh 48 jam selepas borang ini dihantar. Sekiranya tiada sebarang maklum balas, anda boleh menghubungi Puan Sharifah Zahidah di talian 019-2632009.