Ditubuhkan pada tahun 2018, Teleport adalah anak syarikat AirAsia Group Berhad yang dalam misi untuk membolehkan semua orang - dari peniaga tunggal hingga syarikat terbesar - memindahkan barang ke mana sahaja di Asia Tenggara dan seterusnya.
Sebagai rakan penghantar Teleport, anda mempunyai peranan penting dalam mengembirakan seseorang (semua orang tentu teruja apabila ada penghantaran bungkusan - malah, adakalanya, bungkusan menyelamatkan nyawa!). Dengan Teleport, anda akan menjadi bos anda sendiri, dan bekerja hanya bila anda sedia. Bersama kami, anda akan mengalami penghantaran:
1 / Makanan Segar
2 / Barangan runcit
3 / Bungkusan E-dagang
4 / Item Umum seperti: Bahagian Mesin, Bantuan Perubatan
Adakalanya item penghantaran perlu dihantar dengan segera dan adakalanya item perlu dihantar dalam janka masa yang lebih lama. Dengan Teleport anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih model penghantaran yang paling sesuai dengan anda! Sila klik 'Next' untuk memulakan perjalanan anda dengan kami!